Uncategorized

Percuma Sebulan – Stesen Baru Terminal Skypark Telah Beroperasi

Perjalanan Ekspres, Hanya Berhenti Di Tiga Stesen

Hamboi Channel

Sejak pembinaannya pada Februari 2013, mesti ramai yang ternanti-nanti projek ni siap kan? Ha, bagi mempromosikan perkhidmatan tren baru ni, pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah menawarkan tiket free selama sebulan. Tempoh free ride tersebut bermula dari 1 Mei 2018 sehingga 31 Mei 2018.

Perkhidmatan ekspress Skypark Link ini menghubungkan perjalanan dari KL Sentral  ke Terminal Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (TLSAAS) dengan hanya satu pit stop di Stesen Subang Jaya.

3 stesen, > 30 minit

Perkhidmatan pertama bermula seawal jam 5.30 pagi dari KL Sentral dan berakhir pada jam 9.25 malam manakala dari Stesen Terminal Skypark pula perjalanan bermula jam 7.50, berakhir 11.20 malam. Perjalanan dari kedua-dua arah hanya mengambil masa kurang dari 30 minit.

“Perkhidmatan ini membuat perjalanan ekspres dan berhenti di tiga stesen iaitu Stesen KL Sentral, Subang Jaya dan Terminal Skypark.”

“Tumpuan utama perkhidmatan ini disediakan khusus kepada individu yang kerap menggunakan perkhidmatan penerbangan serta mereka yang bekerja di sekitar kawasan itu,”

Jurucakap KTMB

Selain menjadi alternatif mod perjalanan kepada orang ramai, perkhidmatan ini juga turut dapat membantu mengurangkan jumlah pengguna jalan raya. Untunglah sesiapa yang bekerja atau tinggal di kawasan tersebut kan.

Masa perkhidmatan fleksibel

Tren dengan 3 set gerabak ini mampu memuatkan sehingga 300 penumpang dalam satu-satu masa dengan 200 tempat duduk yang disediakan. Kekerapan Skypark Link bergerak ke Lapangan Terbang Skypark dengan jarak setiap satu jam sangat menjimatkan masa.

Walaubagaimanapun, menerusi status yang di update KTMB di Facebook, frekuensi kekerapan akan berubah mengikut jadual penerbangan dan permintaan pengguna.

Feedback  orang ramai

“Saya menetap di Subang Bistari dan bekerja di Petaling Jaya. Jadi saya rasa mungkin perkhidmatan Terminal Skypark ini boleh membantu menjimatkan masa dan duit minyak kereta kerana setiap hari saya perlu memandu untuk ke ke tempat kerja.

“Masa perkhidmatan tren ini juga sangat fleksibel dan saya boleh merancang perjalanan waktu kerja saya,”

(Zarina Ismail, 47)

Perkhidmatan ini bukan saja dapat menjimatkan masa malah dilihat dapat mengurangkan kos minyak. Orang yang tinggal di Subang dan Subang Jaya mesti lega tren ni dah siap.

“Tempat duduk penumpang selesa dan urusan untuk mendapatkan tiket di awalnya juga mudah. Jadi saya berharap ia dapat memudahkan setiap orang yang ingin menggunakan perkhidmatan ini,”

(Siti Norlida Badiozaman, 32)

Sumber: Harian Metro Online

Hamboi Channel