ReviewsViral Story

Jual Nasi Campur Dalam ‘Car Boot’ – Pelanggan Sanggup Beratur Panjang

Masih Meniaga Demi Pelanggan Setia Subang Jaya

Hamboi Channel

Jarang kita lihat nasi campur dijual di dalam ‘car boot’ begini kan? Pilihan makanan yang dijual dikatakan super sedap dan murah. Betul ke? Ha, pelanggan setia mesti tau kesedapan masakan lauk campur yang dijual oleh pakcik ni.

Kalau korang nampak ada yang beratur kat kereta Proton Gen-2 warna orange berhampiran dengan Wisma Consplan Subang Jaya tu betul lah tu. Pakcik ni mula meniaga dari jam 11.30 pagi sehingga jam 1.30 petang je.

Masak penuh kasih sayang

Peniaga yang dikenali dengan nama Pakcik Usup atau lebih mesra dipanggil Wak bukan sengaja mencari kelainan untuk berniaga dengan cara macam ni. Namun, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan dia terpaksa berniaga di dalam kereta sahaja.

Sebelum ini, Pakcik Usup dikatakan pernah berniaga di dalam sebuah building Pejabat Tanah Daerah Petaling. Oleh kerana pejabat tersebut telah berpindah ke Seksyen U5, Shah Alam, Pakcik Usup tetap terus meniaga di kawasan tersebut.

Bila ikhlas, rezeki luas

Demi menjaga pelanggan setianya, Pakcik Usup sanggup berulang alik dari Taman Medan ke Subang Jaya pada hari bekerja. Walaupun tak punya meja, payung mahupun kelengkapan meniaga seperti gerai-gerai biasa, pelanggan sanggup berpanas beratur membeli nasi campur dengan pakcik ni.

Lauk-pauk diletakkan di dalam bekas di dalam boot dan separuh lagi di bahagian seat belakang kereta. Thermos nasi pula diletakkan di bahagian seat penumpang hadapan. Agak-agak boleh murung tak customer kalau pakcik ni tak meniaga lagi kat sini?

Respon pengguna facebook dan pelanggan

Bagi yang pernah makan nasi campur yang dijual oleh Pakcik Usup ni rata-rata memberi kata-kata positif. Semangat dan keikhlasannya membuatkan pelanggan terus setia membeli makanan ketika waktu lunch di sini.

Oleh kerana Pakcik Usup tidak meniaga secara proper, ianya menjadi persoalan yang melibatkan kebenaran berniaga oleh majlis perbandaran.

Ada juga segelintir pengguna di Facebook yang prihatin dan mencadangkan kenderaan yang sesuai untuk Pakcik Usup berniaga. Oh ya, bulan Ramadhan nanti Pakcik Usup dikatakan akan start meniaga dalam pukul 3 petang di kawasan tersebut.

Sumber: Facebook Property Subang Jaya

Hamboi Channel