ReviewsTravel

‘Disiniland’ Bukan Disneyland – Ladang Rekreasi Kampung Style

Kampung Sempeneh Semakin Terkenal

Hamboi Channel

Pada asalnya, Disiniland Agro Farm & Resort ni dibina khas oleh pemiliknya sebagai tempat percutian peribadi keluarga. Atas permintaan penduduk setempat, ianya telah dibuka kepada orang ramai sehingga hari ini.

Lokasi ladang ini terletak di dalam kawasan Kampung Sempeneh, Batu Kurau Perak. Lebih kurang 45 minit dari Bandar Taiping. Oleh kerana admin dah sampai ke tempat ni, jom baca review yang telah disediakan dalam artikel ni.

Mini zoo dalam kampung

Sebelum ni harga tiket masuk ke Disiniland Agro Farm & Resort bagi dewasa dikenakan caj sebanyak RM6, kanak-kanak 3 hingga 12 tahun pula RM4. Ha, sekarang harga tiket bagi dewasa hanya RM4, kanak-kanak cuma RM2. Warga emas 60 tahun keatas dan Orang Kurang Upaya (OKU)pula RM2.

Semua aktiviti dalam ni menggunakan sistem kupon. Korang decide siap-siap nak buat aktiviti apa dan bayar kat kaunter masuk.

Banyak aktiviti yang korang boleh try kat sini. Antaranya menunggang kuda, memanah, memancing, naik ATV dan juga memanah berkuda. Apa yang lagi best, kat sini turut menyediakan aktiviti outdoor weekly tau. Korang berpeluang menaiki ATV melalui kawasan bukit dan juga pusing dalam kampung menaiki motosikal klasik Honda C70. Tapi minimum 5 orang la ya baru dilayan.

Haiwan ternakan bebas dalam ladang

Kawasan ladang seluas 5 ekar ini menampung beberapa jenis haiwan ternakan di dalamnya. Ada burung unta, itik, angsa, ayam, pelbagai species burung merpati, kambing, beberapa ekor kuda, rusa dan juga lembu.

Menariknya haiwan-haiwan kat sini dibiarkan bebas berkeliaran di dalam kawasan ladang dan sangat jinak. Korang juga dibenarkan memberi makan kepada haiwan-haiwan kat sini. Makanan boleh dibeli kat kaunter masuk.

Menginap di chalet, semua aktiviti free

Dengan harga RM250 korang dapat menginap di salah sebuah chalet yang terdapat di dalam kawasan Disiniland Agro Farm & Resort ni. Paling win bila dapat lakukan semua aktiviti secara percuma je weh… Barulah seronok nak buat aktiviti keluarga macam ni. Admin belum berkesempatan nak check in kat sini.

Perlu pekerja mahir terus beroperasi

Tak silap admin kandang yang kosong ini pernah memuatkan beberapa ekor unta di dalamnya. Menurut salah seorang pekerja ladang, unta-unta yang pernah menjadi salah satu tarikan pengunjung ke Disiniland telah jatuh sakit dan akhirnya tidak lagi dibela di sini. Seladang juga tidak lagi ada di sini disebabkan faktor-faktor tertentu. Sadisnya!

Kawasan ladang dan haiwan ternakan juga kelihatan sedikit tidak terurus. Disiniland sebenarnya berpotensi menjadi tempat percutian keluarga yang menarik. Selain mempunyai pekerja yang berpengalaman, ladang ini juga memerlukan tenaga kerja yang mahir.

Satu-satunya burung unta yang masih ada di ladang ini. Walaupun keadaanya tidak berapa sihat, burung unta ni jinak dan bijak. Ketika admin nak balik, sampai ke depan pagar dia hantar.

Papan tanda untuk memandu arah memasuki ke kawasan Disiniland telah patah dua. Ha, orang luar yang masuk ke sini pasti rasa cuak kalau tak jumpa arah masuk ke sini. Selepas jumpa papan tanda ini, korang akan melalui jalan yang masih belum diturap dalam 1 kilometer sebelum sampai ke pintu masuk Disiniland.

Jalan masuk ke tempat ini hanya muat-muat sebuah kereta sahaja. Untuk pengetahuan korang, ada dua jalan sebenarnya untuk ke sini. Disebabkan admin naik motosikal je, maka admin ikut jalan kampung dari arah belakang.

Hamboi Channel