Best AccomodationFood TravelReviews

Wanita Ini Kongsi Tips Menginap Hotel Mewah Dengan Harga Yang Murah

Hotel Mewah Dilengkapi Private Pool

Hamboi Channel

Mesti ramai yang dah repeat beberapa kali ke Pulau Pinang ni kan? Kalau sebelum ni korang hanya check in hotel biasa-biasa je, apa kata kali ni cuba check in hotel 5 bintang (dengan harga hotel 3 bintang) pula. Apa macam?

Baru-baru ini, Noor Hazwani telah berkongsi review menerusi laman Facebook tentang percutiannya bersama keluarga di Lexis Suites Penang. Dia juga turut memberi panduan dan tips untuk mendapatkan harga terendah bagi menginap di hotel mewah tersebut.

Hotel Mewah Di Persisiran Pantai Selat Melaka

Hotel mewah Lexis Suites Penang dikelilingi pemandangan indah alam semulajadi dengan bukit-bukau yang menghijau serta laut biru terbentang luas. Memang tip top lah! Lokasi hotel ni pun cuma 5 kilometer je dari Lapangan Terbang Antarabangsa Penang.

Compare  Harga Sebelum Booking

Menurut perkongsiannya, dia melakukan survey di aplikasi laman web yang menawarkan sistem reservation secara online. Dari carian tersebut, harga bagi Executive Suites pada hari Khamis RM460++, manakala RM490++ pada hari Jumaat . Bagi Premium Suites pula RM550++ pada hari Khamis dan RM570++ pada hari Jumaat. Rate waktu weekend selalunya lebih mahal dari weekdays dan harganya boleh berubah-ubah mengikut masa.

Selain itu, dia juga melakukan survey dengan menelefon terus bahagian reservation hotel untuk mendapatkan harga walk-in pula.  Harga tidak termasuk breakfast RM438 bagi Executive Suites, manakala Premium Suites pula RM538. Jika berhasrat nak nak breakfast di hotel tersebut, korang perlu menambah RM80 untuk 2 orang dewasa.

Kelebihan Government  Servant

Selepas compare harga bagi kedua-dua cara penempahan bilik di Lexis Suites Penang ni, Noor Hazwani menggunakan cara yang ketiga pula untuk mendapatkan harga terendah. Dia menggunakan kelebihannya yang bekerja di sektor awam untuk mendapatkan harga ‘special’  tempahan bilik. Wah! Ini berita gembira buat para government servant. Tips kali ini korang yang kerja di sektor swasta tu kenalah cari orang yang kerja government untuk mendapatkan keistimewaan ‘government rate’ tu ya.

Harga bagi pekerja sektor awam RM380 nett termasuk 1 breakfast. Kalau nak tambah breakfast, harga yang dicaj adalah sebanyak RM40 bagi dewasa dan RM25 kanak-kanak. Tapi untuk mendapatkan harga government rate, korang dinasihatkan untuk melakukan reservation melalui email terlebih dahulu. Selepas dapat booking number barulah korang boleh packing baju. Oh ya, Lexis Suites Penang ni mengenakan deposit sebanyak RM200 dan akan dipulangkan semula ketika check-out nanti.

Private Pool  Paling Cool!

Wah! Memang tak keluar bilik la macam ni kalau ada private pool dalam bilik. Bagi sesetengah orang terutama kaum ibu yang segan nak mandi outdoor swimming pool tapi dalam masa yang sama nak awasi anak-anak kecil tak perlu risau lagi. Inilah keistimewaan yang ada di Lexis Suites Penang.

Selain dapat awasi anak-anak, korang juga dapat menikmati pemandangan laut yang terbentang luas depan bilik.  Bestnya weh!

Family-Friendly Hotel

Kemudahan yang ada di sini termasuklah Spa, Gymnasium dan juga indoor playground (Kidz World). Hotel Lexis Suites Penang ini jelas mempunyai konsep family-friendly yang memfokuskan percutian keluarga.

Di akhir perkongsiannya, bagi yang ingin menginap di hotel mewah ni tetapi ingin menghabiskan masa di dalam bilik pada waktu malam, korang disarankan membawa makanan sendiri. Mana tidaknya, swimming pool dah ada dalam bilik memang perut cepat lapar lah kalau kejap-kejap terjun dalam tu.

Credit: Noor Hazwani

Hamboi Channel