PhotographyTravel

Apa Istimewanya Tanjung Piai Sampai Pelancong Luar Pun Datang Kesini?

Negeri Johor Darul Takzim

Hamboi Channel

Ha kalau korang nak tahu negeri Johor ni banyak keistimewaannya selain daripada negerinya yang berdekatan dengan negara jiran kita, Singapura, Johor juga mempunyai sebuah taman negara yang dipanggil Tanjung Piai  di daerah Pontian.

Di Tanjung Piai ini terkenal dengan pemandangannya yang cantik dan indah terutamanya banyak pokok paya bakau dan dataran lumpurnya yang terdapat disini. Tanjung Piai ini juga digelar ‘Tanah Terselatan Benua Asia’. Jom kita baca sikit apa yang menarik ada di sini!

Paya bakau

Hutan paya bakaunya yang menarik dan hijau sangat cantik dan jarang-jarang kita lihat di tempat lain. Tanjung Piai ini memang banyak dan terkenal di sini. Banyak pengunjung yang menyukai flora ini datang kesini. Ada juga pelancong yang dari Singapura pun turut turun kesini untuk mencuci mata dengan pemandangan hijau terutamanya di hujung minggu. Ha korang tunggu apa lagi? Boleh lah masukkan dalam list percutian korang!

Mercu tanda

Mercu tanda ini dibina khas bagi melambangkan Tanjung Piai ini ialah tanah terselatan benua asia. Ramai orang datang kesini untuk bergambar dengan mercu tanda ini dan kita sebagai rakyat Malaysia mestilah berbangga sebab Tanjung Piai ini juga merupakan sebuah taman negara yang dah dikenali banyak oleh pelancong luar.

Lokasi penggambaran ‘Bisik Pada Langit’

Bagi peminat filem Bisik Pada Langit tu confirm korang tahu lokasi penggambarannya ialah di Tanjung Piai untuk babak Umi Nazeera dan Jalil Hamid. Pemandangan disini memang cantik terutamanya waktu senja sebab jambatan atau titi papan ini memang sesuai untuk spot bergambar kalau korang datang kat sini!

Hamboi Channel