Food Travel

Gerai Makanan Best Di Bukit Gantang Sudah Dilupakan

Gerai Lama Pernah Famous Suatu Ketika Dahulu

Hamboi Channel

“Bak Cendawan Tumbuh Selepas Hujan”. Begitulah perumpamaan yang sesuai untuk gerai atau restoran yang ada di Malaysia pada hari ini. Boleh dikatakan hampir setiap hari ada saja tempat makan baru yang tular di media sosial. Rakyat Malaysia pula semakin hari semakin galak mengikuti trend mengejar sesuatu yang baru dek pengaruh media sosial. Gerai dan restoran yang dahulunya famous, kini telah dilupakan.

Begitu juga dengan nasib Makndak Bihun Sup dan Laksa Buyong yang terletak di Bukit Gantang ini. Lokasi kedua-dua buah gerai ini terletak di jalan lama Bukit Gantang, Perak. Kira-kira 20 minit dari arah Taiping manakala 25 minit dari arah Kuala Kangsar. Hanya beberapa kilometer je jarak antara Gerai Makndak Bihun Sup dengan Laksa Buyong ni.

Makndak Bihun Sup

Kalau korang terasa nak makan masakan sup, admin nak recommend gerai Makndak Bihun Sup. Hanya beberapa kilometer sahaja dari gerai Laksa Buyong. Orang kata sesebuah perniagaan yang berjaya diukur dari jangka hayatnya. Gerai ini telah wujud puluhan tahun yang lepas.

Menu di gerai Makndak Bihun Sup ni juga sangat ringkas. Selain bihun, mee dan kuey tiaw sup, kat gerai ni juga ada nasi ayam tau. Haa, kalau nak order bihun, mee atau keuy tiaw bandung pun boleh. Gerai makanan yang sedap-sedap ni selalunya mempunyai menu yang ringkas.

Bihun Sup Kantin

Kalau dah singgah ke gerai ni tak sah kalau tak pekena bihun sup dia. Penyediaanya juga ringkas. Bihun sup kat sini dapat mengimbau kembali zaman admin di bangku sekolah dahulu. Korang pernah tak makan bihun sup kat kantin sekolah? Haa, begitulah gambaran betapa ringkasnya bihun sup kat sini. Hanya ada isi ayam dan potongan daun sup dan daun bawang je. Harga sepinggan bihun sup ni cuma RM4.50 sahaja. Begitu juga harga untuk mee dan kuey tiaw sup.

Walaupun hanya ada beberapa slices isi ayam, rasa stok ayam dalam sup ni menyegat beb! Aroma roasted chicken tu membuatkan bihun sup kat sini famous dan lain dari yang lain. Atas meja disediakan cili jeruk dan cili kicap mengikut citarasa pelanggan nak kepedasan yang macam mana.

Laksa Periuk Tembikar

Walaupun hampir setiap negeri di Malaysia mempunyai laksa, namun keunikannya adalah berbeza-beza. Selain resipi kuahnya yang berbeza, laksanya juga tidak sama bagi sesetengah negeri.  Seperti negeri di sebelah utara, asas resipi laksa sama sahaja. Kuahnya hendaklah diperbuat daripada isi ikan. Bezanya adalah cara penyediaan dan bahan ulaman yang disajikan bersama.

Bukit Gantang bukan sahaja dikenali dengan isi duriannya yang kekuningan, Laksa Buyongnya juga menjadi kegemaran masyarakat tempatan. Korang boleh waze Laksa Buyong Bukit Gantang, boleh terus sampai depan gerai.

Laksa Pulas Dari Tepung Beras

Korang mesti pernah dengar Laksa Buyong kan? Mungkin ada juga yang dah pernah makan Laksa Buyong kat sini. Haa, kalau korang nak tau perkataan Buyong ni merujuk kepada sebuah periuk tembikar yang diperbuat dari tanah liat. Tidak hairanlah kalau Laksa Buyong boleh didapati di Kuala Kangsar kerana negeri ini sememangnya popular dengan pembuatan tembikar Labu Sayong.

Apa yang special tentang laksa yang di masak dalam buyong ni adalah rasa kuahnya. Beza weh masak dalam buyong dengan masak dalam periuk biasa. Kuah laksa rasa lebih enak sekaligus membangkitan aroma bahan-bahan di dalamnya. Pergh! Dah kecur liur belum?

Ate kome pernah makan Laksa Pulas? Di Gerai Laksa Buyong Bukit Gantang menyediakan dua pilihan laksa buat pelanggannya. Korang boleh pilih Laksa Pulas atau Laksa Biasa seperti yang tertera pada menunya. Oh ya, harga sama je RM3.50 semangkuk.

Selain cara prosesnya berbeza, kedua-dua laksa ini juga diperbuat dari tepung yang berbeza. Laksa Pulas menggunakan tepung beras manakala laksa kering biasa menggunakan tepung gandum. No wonder lah rasanya tak sama. Tapi kalau korang dah start hirup kuah laksa kat sini, memang tak boleh berhenti. Rasa manis isi  ikan dengan kepedasan cili kering yang seimbang memang padu. Orang tempatan gemar memakan laksa dengan mencampurkan sedikit petis udang ke dalam kuah.

Regu bagi laksa sudah tentulah cendol atau ABC (Ais Batu Campur) kan…Kat gerai Laksa Buyong ni juga ada jual cendol pulut. Haa, dah order laksa tu jangan lupa order cendol sekali ya.

Hamboi Channel