HiburanSocial StoryViral Story

Sharnaaz Ahmad Biarkan Isteri Hamil 5 Bulan Makan Durian Macam Tu Saja?

Khasiat Buah Durian Untuk Ibu Hamil

Hamboi Channel

Baru-baru ini, netizen mengecam isteri kepada pelakon kacak tanah air yang telah setahun mendirikan rumah tangga bersama isterinya Noor Nabila. Shaarnaz Ahmad merakam isterinya yang sedang  memakan buah durian dan mendapat komen yang mengejutkan dari netizen tentang bahayanya buah durian kepada ibu hamil.

Noor Nabila yang juga kakak kepada pelakon cantik terkenal tanah air dan juga usahawan, Neelofa kelihatan berselera memakan buah durian sambil dirakam oleh Sharnaaz Ahmad. Ha mesti korang semua tak tahu, sebenarnya buah durian ada juga khasiatnya untuk ibu hamil. Jom kita baca apa sebenarnya khasiat durian ini untuk ibu mengandung. Betul ke tidak?

Antibakteria baik untuk ibu hamil

Sebenarnya dalam durian ini ada sulfur organik dan triptofan yang mengandungi antibakteria dan dan antikulat yang sebenarnya baik untuk ibu hamil. Sebatian ini juga semua ada kesan anti-oksida di dalamnya. Sebenarnya bukanlah tak bagus untuk ibu hamil makan durian, tapi kenalah berpada-pada. Bak kata orang, cukup lah seulas dua.

Durian terlalu ‘panas’ untuk ibu hamil

Selalunya kita biasa dengar bila makan durian aje panas. Sebenarnya durian ini ialah antara buah yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. Untuk ibu hamil yang menghidap diabetes, Doktor sendiri tidak syorkan untuk mengambil buah durian ini. Tapi untuk ibu hamil yang bebas dari masalah diabetes, jangan lah makan sampai berbiji-biji. Cukuplah untuk buang rasa mengidam pada raja buah ni ha!

Hamboi Channel