Social StoryViral Story

Ibu Ini Alami Pendarahan Selama 6 Bulan & Hanya Diberikan Panadol

Berkali-Kali Ke Hospital Tapi Disahkan Normal

Hamboi Channel

Jangan remehkan naluri seorang ibu. Walaupun perkara yang berlaku kepada ibu itu adalah sesuatu perkara baru. Setiap ibu ujiannya berbeza-beza. Keguguran boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Tidak terkecuali ibu muda Nur Hafizah Az Zahra ini.

Wanita ini kehilangan anak yang dikandungnya yang hampir mencecah 4 bulan. Perkongsiannya ini bertujuan menjadi peringatan kepada ibu-ibu muda di luar sana. Tiada kata yang mampu diungkapkan olehnya ketika janin yang masih belum cukup sifat terpaksa pergi meninggalkannya.

Disahkan Normal Tapi Bleeding Sampai 6 Bulan

Ibu ini mula mengalami pendarahan ketika kandungannya berusia 2 bulan. Hairan dengan situasi yang dialaminya, dia dan suami pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Doktor mengesahkan pendarahan tersebut adalah normal bagi setiap wanita mengadung. Dia kemudiannya pulang kerumah dengan perasaan lega namun sehingga satu tahap darah yang keluar berketul seperti hati ayam.

Dia dan suami bergegas ke hospital dan jawapan yang diterimanya sama sahaja. Doktor mengatakan perkara tersebut normal kerana bayi dalam kandungan aktif. Tiga bulan seterusnya berlalu dengan isu yang sama. Menurut ibu ini dia terpaksa memakai pad bersaiz paling panjang dan menukarnya sebanyak 7 hingga 8 keping sehari bagi menampung pendarahan yang keluar tidak henti.

Dibenarkan Pulang Selepas Diberi Panadol

Rungut ibu ini lagi dia terpaksa ulang alik ke hospital dan kesal dengan jawapan yang diberi oleh doktor. Sampai satu tahap dia dapat rasakan baby yang dikandungnya itu berada di bahagian bawah pangkal rahim. Oleh kerana terlalu risau, dia masuk bahagian emergency dan apa yang dia lalui amat mengejutkan. Doktor hanya melakukan ujian ultrasound (scan) dan baby dikatakan aktif seterusnya dibenarkan pulang kerumah. Perasaan risau dan takut yang teramat sangat menjadikan dia semakin tertekan.

Wanita ini mengambil keputusan untuk tidak beredar terus dari hospital dek kesakitan yang dialaminya itu. Setelah 30 minit stay dalam kereta, tiba-tiba dia berasa rimas dan berpeluh seperti orang nak bersalin. Sekali lagi dia masuk ke hospital semula untuk berjumpa doktor namun kali ini dia hanya diberi panadol dan air dimasukkan bagi mengurangkan kesakitan.

Redha Atas Pemergian Anak Syurga

Apabila dia sudah berasa lega dari kesakitan, pihak hosipital membenarkan dia pulang kerumah.  Setelah pulang, kesakitan yang dialaminya pun surut tiba-tiba timbul semula. Kali ini dia merasakan sakit contraction seperti mahu bersalin. Kesakitan itu memaksanya untuk meneran sehingga terkeluar baby yang masih tidak cukup sifat di dalam rahimnya itu.

Sungguh menyayat hati ketika dia melihat anak itu telah pergi meninggalkan rahimnya buat selama-lamanya. Ibu ini redha dan tidak menyalahklan mana-mana pihak termasuklah nurse yang membenarkan dia pulang selepas ujian scan dibuat. Sekarang ibu muda ini menjalani tempoh berpantang seperti ibu bersalin normal seperti biasa.

Credit: Nur Hafizah Az Zahra

Hamboi Channel