Historic LocationPhotographyTravel

Pulau Belitung, Indonesia Tarikan Baru Pelancong Luar Dan Rahsia Di Sebaliknya.

Rahsia Alam Indonesia

Hamboi Channel

 

Sumber: Youtube

Pulau Belitung ialah sebuah pulau kecil yang terletak berhampiran dengan Pantai Timur, Sumatera, Indonesia, di Laut Jawa. Pulau Belitung ini merupakan khazanah alam negara jiran kita, Indonesia yang jarang dilawati oleh pelancong luar dibandingkan dengan Pulau Bali dan pulau lain-lain yang terdapat di negara Indonesia.

Pulau Belitung ini dikelilingi dengan selat yang agak tenang dan cetek yang sememangnya menjadi tarikan pelancong luar yang mana belum mengetahui Pulau Belitung ini secara dekat.

Tapak sulaiman

Pulau Belitung ini bukan sahaja cantik dengan airnya yang betul-betul biru dan mampu buat semua mata memukau dan rasa tak sabar-sabar nak terjun di dalam airnya yan cantik ini, tapi Pulau ini juga ada banyak tapak sulaiman yang selalu bersidai di tepian pantai. Memang menarik!

Rumah pokok Kekasih Paksa Rela

Ha kalau korang nak tahu rumah pokok ni nama sebenarnya ialah Villa Zarra terletak di Pulau Leebong, Pulau Belitung. Rumah ini juga yang digunakan dalam penggambaran drama Kekasih Paksa Rela yang scene akhir itu kalau bagi siapa yang ikut drama ini sampai habis. Villa Zara ini juga selalu dijadikan tempat berbulan madu untuk pengantin baru. Memang sesuai sangat, dah alang-alang ke Pulau Belitung, korang wajib datang ke Villa Zara ini sebab masih dalam kawasan Pulau Belitung lagi. Ha excited tak?

Rumah api jadi tarikan

Rumah api Pulau Belitung ini mengambil masa 30 minit dari pertengahan Pulau Belitung dengan menaiki bot kerana rumah api ini terletak di Pulau Lengkuas. Rumah api ini masih lagi aktif sampai sekarang dan dibina pada tahun 1882. Para pengunjung dapat masuk ke dalam rumah api tersebut dan menaiki tangga untuk melihat pemandangan Pulau Lengkuas yang masih terletak di Pulau Belitung.

Pulau berpasir yang unik

Pemandangan di Pulau Berpasir, Belitung ini memang cantik. Bukan sahaja dikelilingi dengan warna air yang jernih di sekeliling pulau berpasir itu, tapi ditambah lagi dengan batuan yang unik dan menarik dan sememangnya memang spot yang cantik untuk mengambil gambar.Ha apa tunggu lagi!

Danau Kaolin Belitung

Danau Kaolin Belitung ini terletak di berhampirang Tanjung Pandan, Pulau Belitung. Tasik putih ini terhasil dari kawah gunung berapi di sekitar sumatera barat. Tasik ini menjadi tarikan pelancong kerana keunikannya tersendiri. Bukan cuma ada air pantai yang hijau dan biru sahaja, tapi pelbagai keunikan dapat dilawati di Pulau Belitung ini!

 

Hamboi Channel