Viral Story

Disangka Apendiks, Rupa-Rupanya Kantung Berisi Rambut Dan Tulang Dalam Rahim

Didiagnosis Dermoid Cyst Walaupun Menstrual Cycle Normal

Hamboi Channel

Wanita di luar sana sila ambil perhatian kerana perkongsian ini bakal membantu sedikit sebanyak penjagaan kesihatan organ reproduksi (rahim) korang. Jangan fikir kita masih muda remaja, penyakit tidak menghampiri kita. Sebenarnya di usia yang muda lah kita perlu cegah sebelum terlewat.

Saban hari ada saja berita kita dengar tentang wanita yang didiagnosis mempunyai Ovary Cyst. Ada yang masih tidak tahu apa itu Cyst? Cyst ni ada banyak jenis. Bermula dari pembentukan Cyst, ia boleh mengakibatkan kanser uterus (rahim), ovari ataupun serviks. Baca artikel ni sampai habis untuk mengetahui perkongsian pengalaman salah seorang wanita yang didiagnosis mempunyai Dermoid Cyst.

Perut Buncit Salah Satu Simptom Cyst

Setelah setahun lebih berkahwin, pengguna Facebook Khairiliah Ausikhin Khairuman menyatakan bahawa dia mula berasa hairan kerana masih tidak dikurniakan zuriat. Wanita berkelulusan di dalam jurusan Medical Laboratory Technology ini mungkin mempunyai kesedaran awal kerana berada dalam bidang tersebut. Dalam perkongsiannya, dia tidak mengalami sebarang simptom seperti perut buncit atau period tidak teratur malah kitaran haidnya on time pada setiap bulan.

Menurutnya lagi terdapat simptom seperti cramp di bahagian bawah perut dan menganggap perkara itu normal seakan-akan appendicitis (kesakitan berhampiran pusat atau perut bahagian atas dan rasa seperti benda tajam mencucuk di bahagian bawah abdomen kanan). Namun apabila berjumpa doktor dan melakukan ultrasound terdapat sejenis benda bulat jelas kelihatan di bahagian kiri perut. Khairiliah mengambil inisiatif berjumpa pakar bagi mengesahkan benda bulat yang terdapat di kedua belah ovarinya.

Lakukan Pemeriksaan Walaupun Menstrual Cycle Normal

Setelah berjumpa Gynaecologist & Obstrecian, Gynae mengesan benda bulat tadi adalah sejenis Dermoid Cyst. Menurutnya, Dermoid Cyst tidak boleh mengecut seperti Cyst yang lain. Dalam kantung Dermoid Cyst mengandungi pelbagai jenis tisu primitive seperti bahan lemak, rambut ,gigi, serpihan tulang dan tisu rawan. Ia mampu membesar dan menyebabkan kesakitan.

Kenalpasti Jenis Cyst

#1 Functional Cyst

#2 Endometrioma (Chocolate Cyst)

#3 Cystadenoma

#4 Policystic Ovary

Kalau korang nak tahu terdapat beberapa jenis Cyst yang turut dialami oleh sesetengah wanita. Antaranya adalah Functional Cyst, Endometrioma (Chocolate Cyst), Cystadenoma, Policystic Ovary termasuklah Dermoid Cyst.

Ada cyst yang boleh mengecut dengan sendiri, ada juga yang timbul di luar rahim dan boleh menyebabkan kemandulan. Wanita yang mengalami masalah kitaran haid tidak teratur disebabkan oleh hormon tidak stabil juga berpotensi menghidapi penyakit ini. Tak kiralah cyst jenis apa sekalipun, korang perlu mengambil serius perkara ini dan  jangan padang remeh.

Khairiliah menambah jika Cyst tidak dicegah di peringkat awal, beberapa masalah akan timbul pada masa akan datang. Sama ada ovary twisted, cancer atau terkena infection disebabkan cyst pecah di dalam perut (berdasarkan explanation doktor).

Pembedahan Secara Caesarean Section

Posted by Khairiliah Ausikhin Khairuman on Tuesday, April 10, 2018

Pada 19 Mac 2018 yang lepas Khairiliah membuat keputusan untuk melakukan pembedahan selepas berbincang dengan suami dan keluarganya. Walaupun dia berhadapan risiko kemungkinan kedua ovarinya dibuang, dia tekad melakukan pembedahan. Pembedahan tersebut berjalan dengan lancar, dan kini wanita ini berada dalam tempoh recovery. Dia memanjatkan rasa syukur kerana ovarinya dapat diselamatkan.

Di dalam peringatan di akhir perkongsiannya di Facebook, dia menyarankan agar setiap wanita di luar sana melakukan self-checkup sekiranya simptom-simptom seperti cramp di bahagian bawah perut, berasa mual, perut buncit atau bahagian bawah perut terasa keras.

Credit: Khairiliah Ausikhin Khairuman

Hamboi Channel