Food TravelHealth Travel

Apa Rahsia Orang Sarawak Cantik-Cantik? Jom Selongkar Khasiat Buah Dabai.

Khasiat Buah Dabai

Hamboi Channel

Sarawak terkenal dengan buah yang pelik-pelik dan jarang kita jumpa di semenanjung kecuali kalau korang semua datang berjalan di Sarawak ini. Antara salah satunya ialah buah dabai. Buah dabai ni sekilas pandang memang rupanya macam anggur hitam. Tapi ada khasiat tersendiri dalam buah dabai ini yang korang semua tak tahu.

Buah dabai ni dikenal sebagai Sarawak Olive kerana mempunyai khasiat tersendiri dan menjadi khazanah negeri Sarawak sehingga banyak kajian dilakukan pada buah dabai ni. Jom kita selidik, apa aje kegunaan buah dabai ni dan khasiat nya!

Nasi goreng dabai

Nasi goreng dabai ni terkenal di Sarawak. Buah dabai ini akan dicampurkan sekali ke dalam nasi dan ditumiskan dengan bahan-bahan yang lain. Nasi goreng ini nanti akan menjadi warna hitam daripada campuran buah dabai tu, nampak sekilas macam tak menyelerakan sebab nasi goreng warna hitam. Tapi korang semua kena lah rasa sendiri kenikmatan buah dabai ni. Memang menyelerakan, lagi-lagi makan dengan sambal belacan dan telur goreng!

Ubat awet muda

Ha kalau korang nak tahu juga, buah dabai ni kaya dengan anti-oksida terutamanya di bahagian kulitnya. Buah dabai ni berperanan penting untuk penuaan kulit dan menjaga dalaman kita lagi-lagi yang umur dah meningkat naik ini. Buka itu aje, buah dabai ini juga sudah digunakan untuk bahan kosmetik dan pengeluaran produk makanan.

Mayonis dabai

Ha lepas ni korang jangan ingat kita ada mayonis warna putih dan thousand island aje, tapi buah dabai ni sendiri dah keluarkan produk mayonis. Mayonis buah dabai ni sama aje dengan mayonis biasa, tapi yang istimewanya khasiat dia lagi berganda sebab mengandungi buah dabai ini sendiri. Macam menarik aje.  Apa tunggu lagi jom pergi Sarawak!

Sos dabai seenak sos cili biasa

Ha bukan sos biasa-biasa. Sos dabai ni sedap juga dimakan dengan keropok ikan dan nasi goreng dabai itu sendiri. Betul-betul diambil dari pati buah dabai itu sendiri. Sos dabai ini memang dah tersiap dengan packaging yang tahan lama untuk korang gunakan.

Paste buah dabai

Paste dabai ini antara salah satu produk buah dabai yang paling laku di Sarawak. Paste dia boleh digunakan untuk buat nasi goreng dan masakan lain. Memang banyak betul kegunaan buah dabai ini sampai dah keluarkan pelbagai jenis produk dan kegunaan. Bukan saja, untuk awet muda tapi untuk kegunaan masakan yang cepat dan sedap juga! Apa tunggu lagi, jom pergi Sarawak dan rasa setiap dari produk buah dabai dan keaslian buah dabai itu sendiri.

Hamboi Channel