UncategorizedViral Story

Kucing Memiliki ‘Dua Rupa’ – Diberi Nama Sempena Menghormati Tuhan Yunani

Kucing Famous Berwajah Dua

Hamboi Channel

Mempunyai dua warna bukanlah perkara yang luar biasa bagi seekor kucing. Namun, kucing chimera betina ini telah mendapat perhatian pengguna media sosial di Instagram. Yana Two Face Cat semakin popular sejak kemunculannya bersama owner baru yang dikenali dengan nama Elizabeth.

Menurut penyelidik dari University Of Minnesota, chimera adalah haiwan yang terdiri daripada sel-sel yang berasal dari dua (atau lebih) spesies yang berlainan. Maka hasilnya separuh bulu kucing ini bewarna hitam dan separuh lagi bewarna jingga keemasan terbahagi cantik di tengah-tengah wajahnya.

Insta Famous – Yana Two Face Cat

Pada Julai 2016, bekas pemilik kucing ini telah mengiklankan Yana dalam sebuah laman web di Bellarussian bagi tujuan mencari owner baru. Apa yang mengejutkan pemiliknya, dia dibanjiri dengan permintaan dari pencinta-pencinta kucing yang berharap dapat membela Yana.

Elizabeth, pelajar jurusan Architect and Design di National Technical University yang berasal dari Orsha, Belarus sangat bertuah kerana dapat membela kucing berwajah dua tersebut. Dia mengakui kemasyuran akaun Instagram Yana telah mengubah hidup dia sepenuhnya. Yana juga tersenarai dalam kelompok kucing yang ‘famous’ di InstagramKini, pengikutnya sudah mencecah 64.2 jutaBanyak tu! Scroll ke bawah untuk lihat beberapa keping gambar dan video si bulus ni.

#1

#2

#3

#4

#5

Yana -Sempena Nama Tuhan Yunani Berwajah Dua

Menurut beberapa sumber, pemilik asal menamakan kucing ini  ‘Yana’ sempena menghormati Tuhan Yunani iaitu Janus. Ia dipercayai memiliki dua wajah – yang memandang kearah masa depan  dan yang mengawasi masa lalu. Elizabeth mengekalkan nama kucing tersebut tanda menghargai kehadiran Yana di dalam hidupnya.

Selain memiliki muka yang aneh dan comel, Yana juga dikatakan mempunyai beberapa sifat pelik. Menurut Elizabeth, si bulus ni suka bermain sembunyi-sembunyi seperti seekor anjing dengan aksi lucunya. Bertambah comel apabila lidahnya sering terkeluar dari mulut. Dia gemar dibawa pergi berjalan-jalan dan suka menikmati teh. Wah…wah…bukan main lagi ya minum teh.

“Bagai Anjing Dengan Kucing”

Seperti yang kita tau pepatah anjing dan kucing ni sering diguna pakai untuk menunjukkan situasi tidak ‘ngam’.  Tapi boleh jadi sebaliknya tau sekiranya kedua haiwan peliharaan ni dibela di bawah satu bumbung oleh tuan yang sama. Siap jadi bff lagi.

Nah admin belanja video si bulus dengan bff dia. Enjoy!

Credit: YanaTwoFaceCat

Hamboi Channel