Viral Story

Cantik Tapi Bahaya, Rama-Rama Ini Mampu Bunuh Manusia

Rama-Rama Beracun Menyerang Kawasan Mantin Dan Pantai

Hamboi Channel

Baru-baru ini tular mengenai sejenis rama-rama beracun yang menyerang kawasan Mantin dan Pantai  di aplikasi Whatsapp. Klinik Kesihatan Mantin, Seremban Negeri Sembilan telah mengeluarkan kenyataan pada 6 April 2018 yang lalu mengenai serangan rama-rama ini boleh mengakibatkan kegatalan seluruh badan. Alahan yang teruk dikhuatiri boleh mengundang maut.

Spesis rama-rama jenis Toxoproctics Hemibathes dikatakan pernah menyerang beberapa kawasan di Johor pada Ogos 2007. Korang mesti familiar dengan bentuk fizikal rama-rama macam ni kan? Selalunya spesis rama-rama beracun ni boleh dilihat pada waktu malam terutama di kawasan kampung. Cahaya lampu dikatakan boleh menarik serangga ini.

Binasa Racun Rama-Rama

Toxoproctics Hemibathes pernah dilaporkan muncul di Sumatera, Indonesia. Menurut beberapa sumber spesis ini menjalani hidup di waktu malam dan memakan bahan material yang diperbuat daripada kapas, material berbulu, permaidani, bahan-bahan upholstery perabot dan juga boleh mencederakan manusia.

Terdapat perbezaan antara rama-rama dan kupu-kupu. Walaupun daripada keluarga serangga yang sama, tapi tidak semua dapat dibezakan melalui fizikal semata-mata kerana ada juga rama-rama yang bentuk fizikalnya seperti kupu-kupu. To be safe, berhati-hati je bila jumpa serangga pelik yang masuk ke kawasan rumah korang.

Cantik Tapi Bahaya

Rama-rama beracun ini mempunyai sepasang sayap yang berdebu yang boleh mengakibatkan alahan kulit bagi sesiapa yang menyentuhnya. Kanak-kanak dan remaja mempunyai daya ketahanan kulit yang rendah. Golongan ini lebih mudah terdedah kepada kesan tindak balas dari rembesan racun rama-rama ini. Ia berupaya menjadikan kulit menjadi bengkak, gatal dan kemerahan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, reaksi alahan boleh menyebabkan kematian. Jadi, sebagai ibu bapa yang mempunyai anak kecil perlulah berhati-hati dengan serangan serangga berbahaya ini. Oleh kerana spesis rama-rama atau kupu-kupu ni terdapat banyak jenis bentuk, corak dan warna, korang tak perlulah gatal nak pi sentuh. Bak kata orang “prevention is better than cure”.

Gejala Dan Kesan Alahan

Rekod lalu menunjukkan simptom serangan populasi rama-rama jenis Toxoproctics Hemibathes di Johor pada tahun 2007 paling tinggi dilaporkan adalah kulit gatal dan menjadi merah. Diikuti dengan kulit bengkak, kedua-dua belah mata sakit serta masalah kesukaran bernafas.

Simptom dermatitis boleh dikenalpasti dari keradangan kulit yang dihadapi pesakit. Antaranya seperti ruam berbiji kecil, kulit lembab dan bengkak dan ada cecair di dalamnya. Simptom konjuntivitis pula mata menjadi pedih dan kemerahan atau kelopak mata sakit pada kedua-dua belah mata pada masa yang sama. Dibimbangi keadaan boleh jadi lebih teruk apabila terdapat lelehan pekat keluar dari kelopak mata. Masalah sukar bernafas seperti mengalami sakit dada juga boleh berlaku kepada penghidap asma. Ini kerana golongan ini lebih sensitif dan terdedah kepada gangguan imun badan.

Tidur Dan Selera Makan Terjejas

Kesan reaksi alahan ini termasuklah gangguan tidur yang disebakan oleh kegatalan kulit. Keadaan badan tidak selesa, memaksa mangsa untuk menggaru kawasan gatal sangat merimaskan. Menurut responden mangsa yang mengalami alahan racun rama-rama ini, selera makan mereka turut terjejas. Hal ini kerana sistem pencernaan terganggu dan badan menjadi lemah sehingga tidak berselera untuk makan atau minum.

Apabila badan menjadi lemah serta hilang selera makan, imun badan pun menjadi sangat lemah sehingga mengundang penyakit lain seperti demam atau Rhinitis (kegatalan di bahagian hidung).

Credit: ILUMINASI.COM

Hamboi Channel