Viral Story

“Kaki Seakan-Akan Ditarik Dari Bawah Air” – Misteri Tasik Biru Kundang

Dahaga Nyawa Setiap Tahun

Hamboi Channel

Tasik Biru Kundang merupakan kawasan bekas lombong yang terkenal dalam kalangan penduduk tempatan di situ. Ia terletak di Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang Selangor berhampiran dengan Sungai Buloh. Suatu ketika dahulu tasik ini dikatakan mempunyai air bewarna biru kehijauan. Tapi apa yang berlaku  pada hari ini, air di Tasik Biru tidak lagi bewarna biru seperti namanya. Bukan setakat sampah, bangkai motosikal dan kereta juga pernah dijumpai di tasik ni.

Pengguna Twitter, Khairun Naim berkongsi thread kisah misteri tentang apa yang berlaku di pulau yang terletak di tengah-tengah Tasik Biru Kundang tersebut. Oleh kerana rumah lelaki ini terletak di area kawasan tersebut, banyak cerita yang didengarinya termasuklah insiden aneh dan misteri. Pengalamannya bertemu dengan rakan mangsa mati lemas membuatkan korang lepas ni takut nak berendam lama-lama dalam air.

Tragedi Di Tasik Rekreasi

Umum mengetahui kawasan lombong adalah tempat yang bahaya dan ‘keras’. Khairun Naim berkongsi kisah mistik Tasik Biru Kundang yang dikatakan terbiar setelah beroperasi selama 6 tahun sebelum ia ditutup. Tasik ini juga pernah mendapat sambutan penduduk di daerah Kuang sehingga menjadi sebuah tasik reakreasi. Siap ada aktiviti bermain Jet Ski dan berkayak.

Apa yang lebih merisaukan apabila ada segelintir pengunjung yang datang ke sini untuk bermandi-manda bersama keluarga dan rakan-rakan. Tidak terkecuali ‘kaki pancing’ juga sering menunggu habuan masing-masing untuk dibawa pulang. Mungkin ramai yang tak sedar akan bahayanya tasik bekas kawasan lombong ni. Struktur tanahnya kurang stabil serta mempunyai kedalaman sehingga 18.3 kilometer boleh mengundang bencana.

 

Malang Tidak Berbau

Kejadian mati lemas boleh berlaku di mana-mana namun di tasik ini insiden tersebut kerap berlaku hingga puluhan nyawa diragut sejak kewujudannya. Melalui thread lelaki ini, dia berada di kawasan kejadian ketika mangsa mati lemas di Tasik Biru ni. Kawan mangsa memberitahu kakinya seakan-akan ditarik ketika mandi di tasik tersebut. Ish! Admin dengar pun rasa cuak. Atas katil pun takut kaki kena tarik inikan pula dalam air.

Kalau ada yang masih tak tau, lombong adalah bekas kawasan yang telah diterokai untuk mengeluarkan hasil mineral seperti timah, emas, besi, arang batu, bauksit dan kaolin. Lebih kurang 40 buah kawasan perlombongan yang terdapat di Malaysia dan 23 daripadanya telah ditebusguna semula. Salah satunya adalah Tasik Biru Kuang ni lah.

Sosok Aneh Di Pulau Tasik Biru

Oleh kerana terlalu banyak kes mati lemas di kawasan ini, pihak berkuasa telah mengeluarkan arahan meletakkan papan tanda amaran untuk mengelakkan pengunjung mandi atau berenang di Tasik Biru ini. Terlalu banyak cerita yang didengar dari penduduk setempat termasuklah penampakkan lembaga ular gergasi dan ikan Tioman sebesar saiz seorang budak. Ada juga kes melibatkan seorang budak yang berdarah digigit ikan ketika sedang mandi di area pulau tasik.

Tidak dinafikan didalam dunia ini terdapat makhluk lain yang turut mendiaminya. Jadi tidak hairanlah bila ada sesetengah orang mengatakan pernah melihat kelibat aneh di situ. Ada juga yang menceritakan pengalaman seram apabila ‘benda’ tu menumpang kereta mereka ketika melintasi kawasan tasik tersebut. Haa, korang yang suka keluar balik lewat malam sorang-sorang tu jangan buat ‘uber’ free pulak ya. Admin pesan je…

Credit: Khairun Naim

Hamboi Channel