Historic Location

‘Lampu Pari-Pari’ Ditemui Di Sarawak? – Hidup Di Dalam Tanah, Berbunga Di Atas Darat

Tumbuhan 'Alien', Tidak Memerlukan Matahari

Hamboi Channel

Selepas 151 tahun, spesis tumbuhan dari famili mycoheterotrophic ini dijumpai semula pada bulan Januari tahun 2018. Tumbuhan jenis ini telah hidup bertahun lamanya di dalam tanah. Kajian ini telah dibuktikan oleh seorang ahli botani dari Itali, Odoardo Beccari yang datang ke Sarawak pada tahun 1866.

Mungkin masih ramai di antara kita belum sampai ke Gunung Matang yang terletak di Kuching Sarawak ni. Admin nak share sedikit info dengan korang mengenai khazanah bumi kita yang tidak dapat di negara orang.

Hidup Lebih 1 Abad Di Dalam Tanah

Tumbuhan seperti ini hanya boleh didapati di hutan hujan tanah rendah tropika yang mempunyai beratus spesis lain di dalamnya. Kesahihan pertemuan spesis yang jarang ditemui ini telah dirujuk dari sebuah buku yang berjudul “Melle Foreste di Borneo” yang dikeluarkan oleh Odoardo sendiri. Ini je satu-satunya rekod yang ada sejak kali pertama tumbuhan ini dilakarkan.

Rupanya yang seakan-akan ‘Alien’ ini menjadikan ia unik dan mistik kerana mengambil masa terlalu lama untuk muncul di permukaan bumi. Pada tahun ia dijumpai, ahli botani Odoardo telah merekodkan penemuan spesis ini dalam bentuk lukisan. Walaubagaimanapun lakaran tersebut sangat membantu sehingga dapat mencipta sejarah khazanah alam di Malaysia pada hari ini.

Zaman tu mana ada kamera, jauh sekali telefon pintar. Admin super-impressed dengan lakaran yang dibuat oleh Odoardo ni kerana hampir tepat dan sama.

Tumbuhan ‘Alien’ – Thismia Neptunis Hidup Tanpa Matahari

Nama saintifik yang diberikan kepada tumbuhan ‘Alien’ ni adalah Thismia Neptunis. Spesis tumbuhan mycoheterotrophic ini mempunyai ciri dan karakter tersendiri. Selain hidup di dalam tanah, tumbuhan ini juga tidak mendapatkan tenaga dan nutrien melalui proses fotosintesis.

Mereka tidak lagi memerlukan klorofil serta tidak mempunyai daun sebaliknya mendapatkan nutrien mereka dari spesies ‘kulat’ spesifik. Bangkai lalat telah dijumpai di dalam bunga tumbuhan ini menujukkan ia berupaya hidup dengan menyerap kulat parasit yang terdapat pada makanannya.

Apabila ia muncul di atas tanah bermaksud tumbuhan ini sedang berbunga. Ketinggiannya cuma 0.9 meter (3.5 inci) je. Tempoh berbunga pun hanya beberapa minggu dalam setahun dan kadang kala tidak berbunga lansung. Hal ini menyukarkan ahli botani merekod kewujudannya.

 

Kalau korang perasan, ada beberapa tumbuhan yang memakan serangga seperti Venus Flytrap, Cephalotus, Sarracenia, Periuk Kera dan banyak lagi. Tumbuhan-tumbuhan ini mempunyai karakter yang hampir sama termasuklah rupa bentuknya juga berkantung bagi tujuan menjebak sebarang serangga yang menghampiri mereka. Ada di antaranya dikategorikan sebagai tumbuhan pemangsa dan telah wujud sejak ribuan tahun yang lalu.

Lampu Pari-Pari Yang Hilang Muncul Tahun Ini

Penemuan kali kedua ini telah dilakukan oleh seorang pengkaji bernama Michal Sochor dan pasukannya. Mereka pergi semula ke kawasan favourite Odoardo ketika beliau melakukan kajian berbulan lamanya di Gunung Matang, Sarawak untuk mencari spesis baru di kawasan hutan hujan yang tebal dan gelap namun mempunyai tanah yang subur. Haa, rasa tercabar tak tengok orang luar masuk mencari ‘permata’ di negara kita?

Pengkaji botani meramalkan spesis ini berisiko tinggi untuk musnah dan tergolong dalam kumpulan tumbuhan yang terancam. Apa yang kita boleh sumbangkan terhadap alam semulajadi adalah lindungi hutan kita sebaik-baiknya dan hargai sementara kita dapat menikmatinya.

Credit: ILUMINASI.COM

Hamboi Channel