Food Travel

Roti Canai Seringgit! Port Breakfast Rare Di Manjung

Sarapan Favourite Rakyat Malaysia

Hamboi Channel

Jika korang sampai ke Manjung dan mencari port breakfast yang mempunyai pelbagai aneka pilihan makanan, bolehlah singgah ke Restoran D’Mulut di Seri Manjung, Perak. Restoran ini terletak berhampiran dengan kawasan peranginan Teluk Batik dan Lumut. Kira-kira 18 minit dari Teluk Batik dan 11 minit je dari Lumut.

Rata-rata yang datang ke sini mengatakan servisnya agak cepat dan harga makanannya juga berpatutan. Setuju! Sebab admin pun dah try breakfast kat sini tau. Memang superb weh!

Roti Bakaq Teloq Leleh

Roti Bakar Telur Goyang atau orang utara sebut “Roti Bakaq Teloq Meleleh” antara menu menarik yang terdapat di Restoran D’Mulut ni. Roti Benggali yang dibakar, disapu pula mentega menambahkan kerangupan dan rasa lemak-lemak masin. Telur separuh masak menjadi pelengkap resipi istimewa ini. Selain sedap, bernutrisi tinggi, breakfast ala-ala Mat Salleh ni sesuai dengan korang yang tengah diet tu.

Sarapan“Favourite” Rakyat Malaysia

Bukan orang Malaysia lah kalau tak makan roti canai kan. Roti canai sinonim dengan sarapan paling popular yang boleh didapati di kedai mamak. Apa yang membezakan roti canai kat mamak dengan roti canai kat restoran ni adalah kuahnya. Kuah dia pergh! Sedap bak hang! Pernah makan kuah kari mee rebus atau mee jawa? Haa, macam tu lah lebih kurang rasa kuah roti canai ni. Mungkin korang dengar pelik tapi rasa kuah dia memang membuatkan korang repeat order sebab makan satu tak puas. Bukan kuahnya sahaja yang sedap, rotinya juga mempunyai tekstur yang crunchy dan ringan. Highly recommended! Oh ya, harga sekeping roti canai kat sini RM1.00. Mana nak dapat roti canai dengan harga tu zaman sekarang ni.

Nasi lemak juga turut mengungguli carta breakfast paling sedap di Malaysia. Rata-rata setiap bangsa yang tinggal di negara ini menyukainya. Meskipun khasiatnya dipertikaikan, namun nasi lemak tetap menjadi salah satu makanan breakfast yang digemari rakyat Malaysia. Nasi lemak di sini telah siap dibungkus dengan pelbagai jenis sambal. Antara pilihan sambal yang terdapat di sini termasuklah sambal sotong, udang, bilis, kerang dan juga ikan. Pelbagai aneka kuih-muih pedas dan manis juga ada di sini.

Must-try Kelantanese Cuisine

Nak rasa selera breakfast ore kelate pun boleh abe weh! Nasi Berlauk dan Nasi Kerabu antara menu selera Pantai Timur yang dijual seawal jam 6 pagi di restoran ini. Daging dan ayam dibakar panas-panas terus dihidang di atas pinggan. Ia menjadi tarikan kerana orang di sini amat menyukainya. Admin perhati je stall yang menjual nasi kerabu dan nasi berlauk yang berada di bahagian hadapan restoran ni. Pelanggannya tidak putus-putus dari awal pagi.

Makanan D’Mulut, Kenyang Di Perut

Kalau korang jenis yang suka masakan sup dan berkuah pun boleh cuba makan di sini. Ada Mee Kari, Keuy Tiaw Sup, Mee Hoon Sup, Soto dan juga Mee Kari. Banyak kan pilihan? Jangan sampai tak tau nak makan yang mana pulak.

Restoran D’Mulut ni juga dibuka sehingga waktu malam kerana kat sini juga ada masakan siang dan malam. Setakat ini admin hanya pergi breakfast je kat sini. Tapi dengar cerita makan siang dan malam kat sini tak kurang hebatnya juga tau. Dia punya  teh ais ala Hatyai yang berbuih melimpah-limpah tu menjadi sebutan orang tempatan kat sini. Korang boleh la try!

Apa yang lebih special di restoran ni ada juga hidangan western food tau. Orang kat sini recommend Lamb Chop untuk dicuba.

Nah, admin sertakan gambar supaya korang senang nak cari sebab restoran ni agak terlindung sedikit di sebalik building lot kedai. Nak senang pakai Google Maps atau Waze je Restoran D’Mulut ok!

Hamboi Channel