Travel

Bajet Bawah RM2000 – Lelaki Ini Dapat Terokai India Selama 8 Hari 7 Malam Bersama Rakan-Rakannya!

Trip & Tips Backpacking ke India - Berguna Buat Backpackers Diluar Sana

Hamboi Channel

India adalah negara Asia Selatan yang luas dengan pelbagai rupa bumi – dari puncak Himalaya ke pantai Lautan Hindi. Selain mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, negara ini juga menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia. Keaslian sejarah seni binanya tiada tandingan manakala keindahan semulajadi kawasan pedesaan juga memukau pandangan. Banyak lagi yang menarik di India termasuklah makanan dan budayanya.

Jom ikuti perkongsian trip backpacking selama 8 hari 7 malam oleh pengguna facebook, Idris Mohd bersama tiga orang lagi rakannya ke India. Dari harga transportation (termasuk tiket flight), accomodation, entrance fees, meals sehinggalah ke harga per head aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan di sana. Nak tahu lebih details jom baca sampai habis!

Cinta Agung Shah Jahan Dan Mumtaz – Pukauan Taj Mahal

Backpackers Idris Mohd, Syaqiq Ikram, Umair Nizam dan Idrisi Nizam memilih Jaipur sebagai checkpoint yang pertama sebelum menaiki Sleeper Bus ke bandar Agra yang terletak di Utara India, Uttar Pradesh (harga tiket Rs.400/RM25 per person). Sleeper Bus ni selesa untuk perjalanan jarak jauh sebab ada katil. Di Agra, Idris  dan rakan-rakannya memilih untuk menaiki teksi untuk bergerak  dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kiranya diorang bayar full day tour dengan harga Rs.1000/RM30 per car termasuk driver untuk memudahkan pergerakan.

Antara tempat yang dikunjungi seperti Taj Mahal, Agra Fort dan Jama Masjid Fatehpur. Harga masuk ke Taj Mahal Rs.1000/RM60 per person manakala Rs.500/RM30 per person untuk masuk ke Agra Fort. Kalau dah sampai ke India tempat wajib korang kena singgah sudah tentulah Seven Wonders of the World –Taj Mahal. Jangan lepaskan peluang untuk mengamati sejarah seni bina hasil dari cinta agung Shah Jahan dan Mumtaz ni.

Manfaatkan Setiap Saat Yang Ada

Selesai di Agra, destinasi berikutnya adalah Srinagar, ibu kota terbesar di daerah Jammu dan Kashmir. Kat sini diorang beli tiket flight return trip Air India dari Delhi ke Srinagar (RM280). Perancangan masa sangat penting ya kalau tak mau poket rabak.  Selain berkesempatan mengunjungi tempat yang dikatakan ada menyimpan sehelai rambut Rasulullah S.A.W di Hazrabal Shrine Mosque, Idris dan rakan-rakannya juga dapat pergi ke Nishat Garden (Rs.20/RM1.20 per person) dan Shikara Ride Sunset (Rs.600/RM37 per boat).

Checkpoint yang keempat pengembaraan diteruskan dengan melakukan aktiviti menunggang kuda. Korang wajib try aktiviti ni sebab trek dia best! Kita akan dibawa melalui kawasan lereng-lereng bukit dengan pemandangan hutan tebal yang indah dan nyaman di Pahalgam. Bayaran dikenakan sebanyak Rs.1000/RM60 per person.

Kashmir, Heaven On Earth!

Kahsmir sesuai dengan nama jolokannya, “syurga dunia” kerana mempunyai bukit bukau yang dilitupi salji seperti baldu memukau mata. Macam yang korang tengok dalam cerita hindustan menari golek-golek dalam salji tu. Haa, kebanyakkanya shooting kat sini la.

Pada hari yang kelima Idris dan rakan-rakannya mencuba aktiviti snow skiing serta menaiki cable car di Gulmarg. Lebih kurang RM75/Rs.1240 bayaran masuk yang dikenakan untuk kedua-dua aktiviti ini. Masih tidak puas bermain salji, keesokan harinya diorang try pula snow bike  di Sonamarg dan menghabiskan masa dengan menikmati pemandangan yang tidak dapat dilihat di negara sendiri. Alahai, kalau admin pun pasti lakukan benda yang sama.

Pahit Manis di India

Sepanjang pengembaraan 8 hari 7 malam yang dilalui Idris dan rakan-rakannya tidak semuanya indah belaka. Ada juga beberapa kesulitan yang diorang lalui. Standard lah kalau pergi ke tempat orang kan. Jika tak berhati-hati pasti ada satu dua perkara yang tak disangka-sangka boleh berlaku. Antara perkara pahit yang dilalui apabila terpaksa menaiki local train selama 6 jam dek kerana express train dan bas dah fully booked. Selain itu ada beberapa scene lagi yang tidak diingini berlaku seperti berhadapan dengan scammer, harga di caj dua kali ganda dan sebagainya.

Korang boleh check out tips dari pengalaman diorang. Inilah cabaran yang backpackers di luar sana bakal lalui. Apa-apa pun admin syorkan korang rancang perjalanan korang sebelum sampai ke destinasi yang ingin dituju. Persediaan yang rapi tidak menjamin kesempurnaan tapi sekurang-kurangnya dapat mengurangkan masalah dan membantu kelancaran trip korang. Gitu…

Credit: Idris Mohd

Hamboi Channel