Food Travel

Rumah Melayu Kuno Sesuai Buat Percutian Keluarga, Juadah Eksotik Kampung Menjadi Tarikan

Bercuti Sambil Menikmati Masakan Bonda

Hamboi Channel

Mesti korang pernah tercari-cari tempat yang sesuai untuk bercuti bersama keluarga, kan? Haa, di sini ada satu tempat menarik yang admin nak share.  Sesuai bagi sesiapa yang nak release tension atau melarikan diri dari kesibukan kota.

Selain dapat menjamu mata dengan pemandangan indah alam semulajadi, korang juga dapat menikmati masakan ala kampung. Haa, korang pernah dengar tak Rumah Terapi Alam? Admin percaya followers pengasas Sendayu Tinggi mesti dah tau tentang ini. Especially yang berhasrat nak berurut membetulkan masalah urat saraf dan sebagainya. Lokasi ‘Rumah Hutan’ ni terletak di Batang Kali, jalan menghala ke Genting Highland. Korang yang menetap di sekitar Lembah Klang tu bolehlah masukkan dalam bucket list korang untuk next short gateway! Dekat jer!

Pilih Konsep Rumah Seni Jawa

Terdapat beberapa jenis homestay yang terletak berhampiran jeram sungai, kira-kira 5 minit dari Rumah Hutan (kediaman Puan Rozita Ibrahim) di kaki bukit. Jadi, korang yang plan nak bawa keluarga besar ke sini tu bolehlah menginap di Homestay Cempaka. Di dalamnya terdapat 2 buah bilik besar dan kemudahan yang disediakan seperti aircond, TV, kipas, meja makan dan fridge. Keperluan lain seperti barang asas dapur pun ada tau sebab kat sini breakfast tak disediakan. Paling best dapat free ikan Talapia 4 kilo! Wah bestnya! boleh makan ikan bakar tepi sungai. Harganya memang berbaloi, cuma RM800 per night.

Jangan risau tentang budget sebab kat sini ada homestay harga berpatutan juga tau. Homestay Kenanga beharga RM400 per night boleh memuatkan sehingga 8 ke 10 orang. Sebuah katil bersaiz queen dan 2 biji tilam extra disediakan. Pakej homestay yang ni cuma dapat free 2 kilo ikan Talapia.

Haa, ada yang plan nak ke sini tapi tak cukup quorum? Homestay Tanjung sesuai untuk 3 hingga 4 orang sahaja. Hanya RM270 per night korang akan dapat 1 katil bersaiz queen dan 1 tilam extra.

Ada lagi yang lebih murah? Mestilah ada. Homestay Melati, Kejora, Rose dan Bidara berharga RM200 per night. Kemudahan yang ada seperti 2 biji katil dan kipas. Tak ada aircond dan ruang memasak ya di bilik ni.

Masakan ‘Eksotik’  Kampung Ala Bonda

Sebuah cafe yang diberi nama Warong Bonda berkonsepkan warung Melayu kuno ini dibina seakan-akan berada di atas pokok. Korang wajib cuba menu istimewa resipi Puan Rozita Ibrahim sendiri. Antaranya, Mee Bandung Bonda, Bakso dan juga Laksa.

Siap ada menu ‘eksotik’ weh! Korang jangan salah faham pulak ya. Resipinya terdiri dari sumber yang halal dan tidak meragukan. Ini cuma gambaran yang cuba disampaikan oleh pemiliknya kerana keunikan resipi ini bakal dimuatkan dalam menu Warong Bonda kelak. Korang yang tak pernah rasa daging rusa tu bolehlah cuba resipi Masak Merah Daging Rusa dan Sup Daging Rusa. Resipi lain yang bakal memenuhi menu Warong Bonda adalah seperti Nasi Minyak, Nasi Serai, Bakso Balasungka dan ayam bakar cicah air asam. Kecuq ayaq liuq admin weh! Beberapa resipi istimewa yang dibawa dari negeri seberang seperti Ikan Susu dan Terubuk Kukus, Ikan Lunak dan Talapia Bakar Indonesian Style! Wah, siapa sangka dapat beristirehat di dalam hutan siap dapat makan masakan ‘eksotik’ macam ni.  Rugi tak cuba!

Bercuti Sambil Berurut

Uniknya di Rumah Terapi Alam ni ada khidmat urut. Bukan sembarangan urut tau. Sesiapa berhasrat nak berurut tu bolehlah buat appointment terlebih dahulu ya. Menurut Puan Rozita Ibrahim tukang urut di sini terdiri dari orang yang pakar dalam bidang tersebut. Haa, eloklah tu sesiapa yang bawa parents ke sini. Ada yang sakit sendi, urat saraf atau slip disc tu boleh cuba berurut  dengan Tok Ayah. Oh ya, kalau korang perempuan Mak Siti lah yang akan urutkan. Ada beberapa lagi tukang urut dan pakej urutan mengikut kesesuaian pesakit. Rata-rata pengunjung yang datang ke sini pun kebanyakannya ingin berurut dan mendapatkan rawatan tradisional.

Credit: Bonda Rozita Ibrahim

Hamboi Channel