Food Travel

Hat Yai Syurga Makanan Aneh Tapi Halal. Menyesal Kalau Korang Tak Cuba!

Khas Buat Food Hunter!

Hamboi Channel

Hanya food hunters je tau perasaannya macam mana bila mata dah digoda dengan gambar makanan. Jangan tak tahu ya Hatyai telah dilabel sebagai ‘syurga makanan’ oleh pemburu street food yang mencari keunikan dan keistimewaannya tersendiri.

Selain makanannya yang unik dari segi rasa dan presentation, pasarnya juga menjadi tarikan pelancong dek kerana para peniaga berada di dalam sampan yang tersusun rapi di tepi Sungai Khlong Hae. Bagi yang masih tertanya-tanya bajet untuk menjejakkan kaki ke Hatyai bolehlah ikuti bajet trip yang bakal dikongsikan ini.

Traveling By Train

Dah alang-alang kita pergi berjalan ke negeri orang tak salah rasanya kita ‘menikmati’ perjalanan dengan menaiki train. Barulah rasa feelingtravel‘ tu kan walaupun hanya sejengkal dari tempat kita.

Trip bermula dari Butterworth ke Padang Besar dengan menaiki train (harga tiket RM11.40 seorang). Sampai je Padang Besar naik pula train ke Hatyai (harga tiket RM10 seorang). Kat sini korang dah boleh bayar pakai Thai Baht (harga tiket 70 baht; one way). Harga hotel bajet 2 bintang Hub Hostel Hatyai, RM38 per night. Selain dapat menginap di hotel yang strategik di tengah bandar, ‘kaki travel‘ juga menitikberatkan harga penginapan mereka. Betul tak? Dah kata food hunting takkan korang nak membazir tidur di hotel 5 bintang pula kan.

Sepanjang korang kat sana kenderaan ‘bajet’ yang disyorkan adalah Tuk Tuk. Harga sewaaan Tuk Tuk 278 baht (mengikut jenis dan berapa lama korang sewa).

Haa, bagi yang tidak pernah mendengar kenderaan jenis TukTuk, ini adalah gambar rujukan agar korang tidak terpinga-pinga ketika membuat percaturan di sana kelak. Ada bermacam-macam bentuk dan rupa Tuk Tuk ni. Ikutlah kesesuaian dan keselesaan yang korang nak.

Hidangan Istimewa Atas Sampan

Pasar atas air atau lebih dikenali dengan Hatyai Floating Market ini terletak kira-kira 3 kilometer dari Pusat Kota Hatyai membolehkan ‘pemburu’ makanan mengisi perut mereka dengan makanan unik tempatan. Kebanyakan peniaga di pasar ini terdiri daripada masyarakat muslim yang peramah serta menjaga kebersihan makanan.

Bagi mereka yang picky eater atau tidak mempunyai ketahanan perut untuk makan makanan ‘tepi jalan’, korang jangan risau. Korang boleh pergi ke restoran Dimsum Chabura dan Kai Tod Decha & Seafood.

Macam biasalah kalau travel mesti ada kawan korang yang spesies memesan souvenir. Haa, kalau kawan tak pesan pun apa salahnya korang beli tanda ingatan tulus ikhlas. Nak pula korang masuk office lepas bercuti seminggu di Hatyai. Korang mesti rasa bersalah tak menghulur souvenir kat diorang kan walaupun diorang tak minta. Jadi, korang jangan lupa untuk singgah di Asean Night Market, Lee Garden Plaza dan juga Kim Yong Market. Oh ya, di Hatyai Floating Market juga ada menjual barangan lain selain daripada makanan tau.

Masih tak terliur lagi ke tengok gambar-gambar makanan yang unik ni? Dah boleh kot rasanya korang plan next trip ke Hatyai bersama kawan-kawan dan keluarga.

Credit: Shakila Abdul Hamid

Hamboi Channel

Leave a Reply