Travel

5 Benda Menarik Yang Mungkin Korang Tak Tahu Ada Di Padang Rengas. Serious ar?

padang rengas

Hamboi Channel

Negeri Perak terkenal dengan sejarah serta keunikan negerinya tersendiri. Tak kurang juga dengan Bandar Diraja Kuala Kangsar yang terdapat pelbagai benda bersejarah dan makanan yang sedap-sedap.

Pasti korang semua tak tahu ada yang ada sebuah pekan mukim kecil yang bernama Padang Rengas di dalam Bandar Beraja ini. Ada 5 benda menarik yang perlu korang tahu dan terokai bila sampai di Padang Rengas. Jom kita terokai apa 5 benda menarik ni?

 

LATA BERALA

Di Padang Rengas sebenarnya ada tempat perkelahan air terjun iaitu di Lata Berlala. Hampir kesemua tempat air terjun di sini, kawasannya landai dan selamat untuk seisi keluarga berkelah disini. Airnya sejuk dan korang semua kena cuba datang mandi dan berkelah disini!

 

VICTORIA BRIDGE

Haa kalau korang semua nak tahu, di Padang Rengas pun terdapat satu tempat cantik peninggalan zaman penjajahan Inggeris dulu, iaitu Victoria Bridge. Tempat ni memang selalu orang datang sebab rekaanya yang unik dan ramai yang ambil gambar disini. Terasa macam di UK gitu! Ada pasangan bakal pengantin juga datang ke sini untuk mengambil gambar. Haa tunggu apa lagi!

 

MADU KELULUT

Haa mesti korang semua pernah dengar pasal madu kelulut ni kan. Di Padang Rengas juga terkenal dengan keenakan madu kelulut. Admin dah rasa memang power dan asli. Korang kalau datang ke sini jangan lupa untuk cuba okay!

 

BANTAL KEKABU

Siapa kat luar sana yang masih suka tidur guna bantal kekabu? Haa untuk pengetahuan korang juga, kat Padang Rengas ni memang terkenal dengan bantal kekabu dan ramai datang kesini untuk tengok sendiri macam mana bantal kekabu ni dibuat. Haa menarik kan!

 

LADANG RUSA

Ha selalu korang semua pergi tengok rusa kat Zoo Negara kan, satu benda yang korang kena tahu kat Padang Rengas ni ada sebuah ladang rusa dan bagi peminat haiwan ni kat luar sana boleh lah datang kat sini untuk tengok rusa dan rasai pengalaman berada di ladang penternakan rusa ni sendiri!

Hamboi Channel

Leave a Reply