Historic LocationReviewsSocial StoryTravelUncategorized

3 Sebab Kita Kena Pertahankan Kraftangan Labu Sayong

labu sayong

Hamboi Channel

Labu Sayong sinonim dengan negeri Perak Darul Ridzuan. Ada banyak perusahaan di Perak yang giat menghasilkan kraftangan ini. Antara yang aktif adalah Perusahaan Kraftangan Tembikar Labu Sayong Paya Lintah di Padang Rengas.

Mesti setiap kali korang singgah ke sana, Labu Sayong menjadi benda wajib yang mak-mak korang beli untuk jadikan perhiasan kat rumah. Haa ada 3 sebab kenapa kita kena pertahankan kraftangan Labu Sayong ni.

 

1. Tembus Pasaran Antarabangsa

Haa Labu Sayong ni dah jadi satu kraftangan antarabangsa tau. Bukan saja rakyat tempatan yang tahu hasil keunikan kraftangan ni, tapi ianya dah pun memasuki pasaran antarabangsa dan dapat ramai permintaan luar.

 

2. Memiliki Khasiat Tersendiri

Mesti korang tertanya-tanya, apa khasiat yang ada pada labu sayong kan? Haa kalau korang nak tahu, SIRIM tengah lakukan kajian mengenai khasiat air yang disimpan di dalam labu sayong ni sebab ianya dibuat dari tanah liat yang bermutu tinggi. Haa lepas ni korang tak payah lagi guna jag atau bekas air. Moh la kita ke Perak untuk beli labu sayong ni!

 

3. Kualiti Tanah Liat Yang Asli

Haa kalau korang nak tahu juga, bukan sebarangan tanah liat yang diorang gunakan untuk buat labu sayong ni. Tanah liat yang diambil mestilah satu kaki dari permukaan bumi. Sebab tulah labu sayong ni unik dan kita rakyat Malaysia mestilah bangga ada kraftangan yang begitu unik ni.

Hamboi Channel

Leave a Reply